DAPATAN KAJIAN
MENGHURAIKAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN KEPADA SESEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN
Jadual 3 menunjukkan mengenalpasti pencapaian kepentingan pengurusan alam pembelajaran kepada sesebuah institusi pendidikan di kalangan guru.
Jadual 3 menunjukkan mengenalpasti pencapaian kepentingan pengurusan alam pembelajaran kepada sesebuah institusi pendidikan di kalangan guru.
| Sumber: Kajian Lapangan 2020 |
| Sumber: Kajian Lapangan 2020 |
Rajah 5: Graf bar menunjukkan pencapaian kepentingan pengurusan alam pembelajaran kepada sesebuah institusi pendidikan di kalangan guru lelaki.
Berdasarkan rajah di atas, graf bar menunjukkan tindakan untuk mengenalpasti pencapaian kepentingan pengurusan alam pembelajaran. Responden yang diselidiki oleh pengkaji adalah seramai 8 orang.
Hasil graf bar di atas menunjukkan kesimpulan yang dibuat oleh responden sama ada mereka setuju bahawa mereka telah mencapai kepentingan pengurusan alam pembelajaran atau tidak.
88% bersetuju bahawa kaedah pengurusan alam pembelajaran yang digunakan membantu dalam mencapai objektif Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), manakala 12% tidak setuju.
Kebanyakan guru lelaki, iaitu sebanyak 63% bersetuju bahawa terdapat kesan positif daripada para murid daripada penggunaan kaedah tersebut, manakala 37% tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Salah satu kesan positif yang dikenalpasti adalah disiplin murid mempunyai perubahan yang positif.
Terdapat peratusan yang serata bagi Soalan 3 (Adakah kaedah tersebut memberi kesan positif terhadap guru?) dan Soalan 4 (Adakah kaedah tersebut memberi kesan positif terhadap institusi?). 50% bersetuju dengan kedua-dua soalan, manakala 50% tidak bersetuju.
63% bersetuju dengan pengunaan kaedah mereka, manakala 37% tidak bersetuju dan berpendapat bahawa kaedah yang mereka guna tidak semestinya berkesan. Ini kerana ia bergantung kepada reaksi murid.
| Sumber: Kajian Lapangan 2020 |
Rajah 6: Graf bar menunjukkan pencapaian kepentingan pengurusan alam pembelajaran kepada sesebuah institusi pendidikan di kalangan guru perempuan.
Berdasarkan rajah di atas, graf bar menunjukkan tindakan untuk mengenalpasti pencapaian kepentingan pengurusan alam pembelajaran. Responden yang diselidiki oleh pengkaji adalah seramai 7 orang.
Hasil graf bar di atas menunjukkan kesimpulan yang dibuat oleh responden sama ada mereka setuju bahawa mereka telah mencapai kepentingan pengurusan alam pembelajaran atau tidak.
Seramai 71% guru perempuan bersetuju bahawa kaedah mereka membantu dalam mencapai objektif PdP. 29% pula tidak bersetuju dan berpendapat bahawa terdapat faktor lain yang membantu untuk mencapai objektif tersebut.
Majoriti guru bersetuju bahawa terdapat kesan positif di dalam kalangan murid dengan kaedah pengurusan alam pembelajaran mereka, iaitu sebanyak 86%. Manakala 14% berpendapat bahawa kaedah mereka tidak mempunyai kesan positif terhadap murid di dalam bilik darjah.
Bagi Soalan 3 (Adakah kaedah tersebut memberi kesan positif terhadap guru?), Soalan 4 (Adakah kaedah tersebut memberi kesan positif terhadap institusi?) dan Soalan 5 (Adakah anda bersetuju dengan pengunaan kaedah ini?), 56% kurang setuju dengan soalan tersebut manakala 44% bersetuju.